Thursday, April 14, 2011

Standard Standard Prestasi dalam PBS

Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah, terdapat beberapa Standard Prestasi yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan berdasarkan KSSR dan KSSM. Berikut ialah komponen komponen PBS dan Standard Prestasinya jika ada,


1.  Pentaksiran Sekolah  (PS)


Pentaksiran Sekolah  (PS) berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning) dan merujuk kepada Standard Prestasi 

2.  Pentaksiran Pusat 


Pentaksiran Pusat (PP) merupakan pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh tertentu mengikut mata pelajaran tertentu berdasarkan Standard Prestasi dan penjaminan kualiti melalui pemantauan dan penyelarasan.

3.  Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum


 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK)    Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah untuk mengukur dan menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum.               


Dalam pelaksanaan PAJSK, setiap murid dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang dan ditetapkan oleh guru berkenaan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid dan kesesuaian sesuatu aktiviti tersebut. PAJSK merangkumi pentaksiran berdasarkan aspek-aspek berikut:

                              i.        Sukan;
                            ii.       Kokurikulum;
                           iii.     Ekstrakurikulum;
                           iv.     Pendidikan Jasmani; dan
                            v.        Kesihatan.

    Aktiviti Jasmani diukur  berdasarkan Standard Prestasi Jasmani sementara aktiviti Kokurikulum diukur 
    berdasarkan Standard Prestasi Kokurikulum 

    4.  Pentaksiran Psikometrik (PSi)


    Pentaksiran Psikometrik adalah pentaksiran yang direkabentuk untuk mendapatkan maklumat secara kualitatif dan kuantitatif tentang keupayaan seseorang untuk bertindak balas dalam suatu cara tertentu. Pentaksiran ini boleh mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran dan tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. 

    Disebabkan pengukuran ini tidak berasaskan kurikulum maka ianya juga tidak perlu / tidak boleh dibandingkan dengan sebarang Standard... Maka tidak ada sebarang Standard Prestasi di sini.


    2 comments: