Sunday, April 17, 2011

Pemantauan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pemantauan Pentaksiran Berasaskan Sekolah


Pemantauan adalah satu proses yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat dan memastikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.Kesahan dan kebolehpercayaan PBS dapat dipastikan melalui pelaksanaan mekanisma pemantauan menggunakan menggunakan instrumen yang standard dan seragam yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. [Dipetik dari Buku Panduan dan Peraturan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (Rendah dan Menengah Rendah) ] ,

Pemantauan juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh JPN dan PPD untuk menilai  pelaksanaan program program yang dijalankan di sekolah. Bagi sektor Penilaian dan Peperiksaan , pemantauan PBS merupakan salah satu daripada aktiviti yang dirancang dalam Perancangan Strategik Sektor.

Dalam  Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2008) yang diamalkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, JPN dan PPD, pemantauan perlulah dilakukan mengikut Prosedur Kualiti PK 03 Pengurusan Pemantauan yang telah ditetapkan.Objektif Prosedur ini bertujuan memastikan proses pemantauan dilaksanakan secara terancang dan berkesan. Berikut adalah prosedur-prosedur  yang perlu dipatuhi:

BIL
TINDAKAN
RUJUKAN
1
Mengeluar arahan melaksanakan pemantauan.
Surat/Memo/Minit Mesyuarat/ e-mail
2
Menentukan kriteria pemilihan lokasi pemantauan
Senarai lokasi/ kriteria
3
Menentukan spesifikasi dan prestasi perkhidmatan/kerja bagi lokasi yang dipantau
Senarai spesifikasi  dan prestasi yang ditetapkan
4
Menyediakan takwim pemantauan
Memo/minit mesyuarat /Perancangan atau Takwim
5
Menyedia dan menentukan instrumen berdasarkan objektif pemantauan
Instrumen Pemantauan
6
Mengeluarkan arahan tugas sebelum pemantauan dilaksanakan
Arahan Tugas
7
      Melaksanakan pemantauan menggunakan instrumen yang telah disediakan.

Instrumen Pemantauan
8
Menyedia dan menyerahkan dapatan pemantauan kepada lokasi pada hari pemantauan
Dapatan pemantauan
9
      Mendapatkan maklum balas dari lokasi dalam tempoh 14 hari bekerja bagi :

i.teguran atau dapatan pemantauan yang tidak memenuhi spesifikasi dan prestasi perkhidmatan/kerja yang ditetapkan; ATAU

ii.cadangan penambahbaikan bagi lokasi yang mencapai spesifikasi dan prestasi perkhidmatan/kerja yang telah ditetapkan.

PK03-1  Borang Maklum Balas Pemantauan 
10
      Melaksanakan pemantauan susulan kepada lokasi yang tidak mencapai spesifikasi dan prestasi perkhidmatan/kerja yang ditetapkan.
Laporan tindakan susulan
11
      Menyediakan laporan penuh pemantauan untuk diserahkan kepada Ketua Jabatan.
Laporan Penuh
12
      Membentangkan laporan pemantauan dalam mesyuarat pengurusan
Minit mesyuarat

Dirujuk kepada Dokumen Kualiti Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2008)
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Ringkasnya pemantau pemantau perlulah merujuk kepada prosedur prosedur yang
telah ditetapkan diatas semasa proses pemantauan PBS.

No comments:

Post a Comment