Saturday, April 2, 2011

Pejalanan Pentaksiran Berasaskan Sekolah setakat ini.... Mac 2011

Semenjak pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah untuk tahun 1 mulai 2011 banyak peristiwa telah dan sedang berlaku. Di JPN, dua Sektor yang terlibat secara aktif dalam pelaksanaan KSSR ini ialah Sektor Penguruan Akademik dan Sektor Penilaian dan Peperiksaan.

Sektor Pengurusan Akademik terlibat secara langsung dengan pelaksanaan KSSR sementara Sektor Penilaian dan Peperiksaan pula lebih tertumpu pada aspek  Pentaksiran. Difahamkan Sektor Akademik telahpun melaksanakan taklimat dan kursus tentang pelaksanaan KSSR pada guru guru tahun satu dan kini sedang dalam proses pemantauan KSSR di sekolah sekolah rendah seluruh Kedah.

Bagi Sektor Penilaian dan Peperiksaan pula , unit yang terlibat secara khusus tentang urusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ialah Unit Pentaksiran Sekolah. iaitu salah satu daripada 3 unit di bawah Sektor Penilaian dan Peperiksaan. Dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kami telah melaksanakan beberapa aktiviti, antaranya :
  • Kursus/Bengkel PBS kepada semua Guru Besar dan wakil guru yang akan mengajar Tahun 1 pada 2011. Kursus ini dihadiri oleh Guru Besar dan sekurang-kurangnya seorang  guru ( ada sekolah sehingga 4 orang guru bergantung kepada enrolmen ). Kursus ini selesai di laksana pada tahun 2010. Kesemuanya lebih kurang 2000 guru telah dapat hadir. Harapan kami ialah peserta peserta Kursus ini akan membuat 'in house' training pada guru - guru lain di sekolah.
  • Taklimat PBS kepada Guru Besar  dan seorang guru tahun 1 Sekolah Rendah Swasta. Taklimat selama satu hari ini dijalankan pada hujubg bulan November 2010.
  • Bengkel PBS kepada lebih kurung 30 guru-guru yang mengajar Tahun satu di sekolah sekolah sekitar pekan Jitra ( Daerah Kubang Pasu) di ekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin , Jitra pada bulan Februari 2011.
  • Taklimat kepada Penolong Kanan Sekolah Rendah ( termasuk sekolah Rendah Swasta) menjelaskan tanggung jawab mereka sebagai Ketua Pentaksir Sekolah, penjelasan tentang PBS dan Pengurusan fail fail PBS.Lebih kurang 560 guru telah menghadiri sebanyak 11 siri sesi ini yang telah dijalankan dalam bulan Februari dan Mac 2011. 
Adalah menjadi harapan Sektor agar sesi sesi Bengkel dan taklimat ini akan memberi impak kepada sekolah melalui kefahaman Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru-guru dan juga melalui latihan 'in house' peringkat sekolah.

No comments:

Post a Comment