Friday, April 29, 2011

Kisah Ikan di Asrama Anakku

Anak saya yang tinggal di asrama sekolah baru baru memberi komen bahawa secara tiba tiba jumlah  ikan goreng  (antara menu utama sekolah) untuk pelajar yang selalunya berlebihan telah menurun dengan mendadak.

Sebenarnya 'ration' ikan ini mencukupi tetapi anak saya merupakan penggemar ikan., biasanya ikan kurang digemari maka bila ikan merupakan salah satu daripada menu makan tengahari atau malam ianya selalu berlebihan kerana kurang digemari. Mungkin ada pilihan lain.Pelajar pelajar juga berpeluang membeli makanan di kantin. Pendek cerita anak saya dan rakan rakan yang sealiran puaslah makan ikan ketika itu.

Saya pun bertanyakan apakah peristiwa yang membuat pelajar pelajar tiba tiba meminati ikan? Jawapannya agak menarik. Rupanya pihak sekolah telah menjemput seseorang guru dari luar untuk bercakap tentang permakanan (anak saya ketika itu sedang cuti sakit - demam campak) kepada pelajar asrama. Antara benda yang disentuhnya ialah tentang khasiat ikan termasuk tentang kandungan Omega 3nya.Selepas habis tempoh MC nya anak saya pun balik ke sekolah dan mendapatlah sedikit kejutan apabila hendak mendapatkan  ikannya .

Saya rasa ada beberapa perkara yang kita boleh renungkan disini:...
  • Pelajar pelajar sekolah itu bukan sahaja mendengar dan memahami apa yang diterangkan oleh penceramah (Kelebihan Ikan) tetapi mengaplikasinya dalam kehidupan harian (Makan Ikan)
  • Mengapa ini tidak boleh berlaku dalam setiap subjek dalam bilik darjah? 
  • Adakah suasana P&P berbeza, Penceramah dari luar? Penceramah yang pandai menarik minat murid? Situasi yang berbeza? Tapi ilmu ilmu yang hendak kita sampaikan dalam kelas pun tak kurang hebatnya,
  • Bagaimana kita boleh ulang penerimaan pelajar yang sebegini untuk semua ilmu yang hendak kita ajar? 

No comments:

Post a Comment