Sunday, April 24, 2011

Aktiviti aktiviti yang patut ada pada pelajar pelajar Band 5 dan Band 6

Pelbagai aktiviti boleh ditakrifkan berada pada tahap Band 5 iaitu Tahu, Faham & Buat Dgn Beradab Peringkat Terpuji atau satu analogi lain ialah boleh mengaplikasinya diluar daripada kelas / dunia sebenar.


Sementara Band 6 pula iaitu Tahu,Faham & Buat Dgn Beradab Peringkat Mithali atau analoginya kalau guru tak dapat hadir pelajar boleh menggantikannya.


Cuba anda letakkan Band yang sesuai pada evidens evidens berikut:
  • Subjek Matematik : Pelajar bertanding dalam kuiz matematik peringkat daerah
  • Subjek Pendidikan Islam  : Sekumpulan pelajar dihantar oleh sekolah mereka (atas jemputan)  ke sekolah lain untuk mengajar pelajar pelajar Tingkatan 1 tertib dan bacaan dalam sembahyang. Ada slot diurus oleh guru , ada slot dilaksana oleh pelajar - kes sebenar.
  • Subjek Pendidikan Jasmani : Sekumpulan pelajar mengendalikan 'coaching' bola / rugbi kepada pelajar pelajar pasukan pelapis. Guru sebagai pemerhati - kes sebenar.
  • lain-lain kes:
    • Orientasi / Suai kenal dirancang dan dilaksana oleh pelajar . Guru sebagai penasihat.
    • Kelas Tambahan dikendalikan oleh Kelab/Persatuan. Guru sebagai penasihat.
Inilah aktiviti aktiviti yang patut ada pada pelajar pelajar Band 5 dan Band 6. Tidak cukup dengan dapat menjawab semua soalan dalam ujian sahaja. Dan inilah halatuju kita sebagai guru





No comments:

Post a Comment